1.3.12

e.

Kaum hawa. Wanita. Gadis.

Racun.

Sama sahaja aku kira. Tidak, bukan aku mahu memburukkan kaum ibu yang mengandungkan aku 9 bulan 10 hari. Tidak. Itu aku kira pengorbanan kaum ini.

Aku hormat kekuatan mereka. Tapi, aku hina kelembutan dan kelemahan mereka.

Mudah percaya kata orang. Lembut hati. Bodoh.

***

12.1.12

d.

Perempuan melayu sekarang bodoh.

Melayu. Islam.

Bodoh.

Tak mengapa. Aku ada. Aku datang untuk mengisi hati perempuan bangsa Melayu beragama Islam dengan ketakutan.

Aku datang sebagai malaikat, menilai baik buruk wanita-wanita ini. Aku datang untuk ketakutan pada wanita-wanita ini pada dosa.

Heh. Gadis bodoh, nantikan aku datang pada kamu dan memberitahu erti ketakutan.

4.1.12

Lorong A.

Satu kawasan lorong kecil di celah-celah bangunan pencakar langit. Kiri dan kanan lorong itu letaknya dapur kedai makanan, pintu belakang hotel murah, bilik-bilik kecil dari kotak dan perca-perca kayu tempat tinggal gelandangan jalanan, di celah lekuk binaan bangunan.

Lorong kecil itu sentiasa dingin, lembab, gelap dan terpencil.

Lorong itu tiada lagi tuhan. Tiada lagi agama. Tiada lagi pegangan. Halal dan haram itu patah kata asing buat mereka.

Mereka, ahli-ahli lorong kecil adalah manusia bersih dan suci yang menjadi mangsa manusia kotor, jijik dan gelap, hamba abdi dunia kapitalis. Manusia-manusia jijik berkasut kulit binatang ini menyembah wang sebagai tuhan dan dunia itu wajib dicintai. Hamba abdi dunia kapitalis ini pernah bersumpah, dengan nama tuhan mereka, mereka boleh hidup selama-lamanya dan dunia ini tiada pengakhiran.

***

"ibu, ada bunyi baby nangis," seorang anak kecil menarik lengan baju ibunya. Si ibu makin mempercepatkan langkah.

"Ibu, ada baby nangis dekat tangga kedai tu," anak kecil memperkuat tenaga kecilnya menarik lengan ibunyi.

"His, budak ni," terus si ibu mendukung anak kecilnya dan berlalu meninggalkan bayi sedang menangis di tangga kecil sebuah rumah kedai. Anak kecil dalam dukung ibunya terkebil-kebil melihat bayi itu semakin menjauh.

Itu peraturan baru kehidupan di kota yang maju dan kaya. Manusia tak perlu hati kemanusian lagi.

***

c.

Seorang pemuda duduk di atas motorsikalnya yang sudah dimatikan enjin.

Dalam ruang parking apartment terbengkalai itu, dia memerhati sebuah kenderaan yang diletak di satu sudut tersembunyi.

***

Bodoh punya kutu, dah tak de port lain ke nak beromen.

***

"Assalamualaikum ma, hari ni Nadia balik lewat sikit, ada meeting kelab petang ni,"

***

b.

Seorang gadis beruniform sekolah menengah duduk bangku perhentian bas.

Seorang penunggang motosikal berhenti di hadapan gadis itu.

"er, dik tumpang tanya," suara dari balik topi keledar penunggang motosikal.

Gadis beruniform sekolah memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa sesiapa selain dia.

"abang nak tanya, apartment kayangan dekat mana dekat kawasan ni?"

Si gadis diam. Bangun dari duduk. Ambil buku dan berlalu.

***

heh.
Bodoh.